Coway Water Purifier | Coway Malaysia

Membekalkan Coway Water Filter, Penapis Air Coway, Coway Water Purifier & Coway Air Purifier yang terbaik di Malaysia.

SYARAT DAN TERMA

Dengan melayari laman web CowayWater.com (selepas ini disebut Coway Water), anda bersetuju dengan syarat-syarat berikut:

Terima kasih kerana melawat laman web Coway Water. Laman web Coway Water telah disediakan kepada anda tertakluk kepada pematuhan anda terhadap terma dan syarat yang dinyatakan di bawah. Sila baca dokumen ini dengan teliti sebelum bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat yang kami tetapkan. Jika tidak, anda tidak perlu mengakses atau menggunakan laman web ini.

Laman web Coway Malaysia – Coway Water Filter & Penapis Air Coway ini dilindungi hak cipta, sila dapatkan kebenaran pemilik laman web Coway Malaysia – Coway Water Filter & Penapis Air Coway secara bertulis sekiranya ingin menggunakan sebarang artikel, ayat jualan dan grafik daripada laman web ini.

PRIVASI DAN PERLINDUNGAN DATA
Sila semak Terms and Conditions kami untuk memahami amalan kami mengenai penggunaan dan pendedahan maklumat peribadi anda.

KOMUNIKASI SECARA ELEKTRONIK
Apabila anda melawat Coway Water atau menghantar e-mel kepada kami, anda berkomunikasi dengan kami secara elektronik. Oleh itu, anda bersetuju untuk menerima komunikasi daripada kami secara elektronik atau melalui cara lain mengikut kemampuan kami. Kami akan menggunakan medium elektronik sama ada melalui telefon. Segala perjanjian, pendedahan, notis, dan komunikasi lain yang kami sediakan kepada anda secara elektronik adalah menepati kehendak undang-undang di mana komunikasi tersebut dibuat secara bertulis.

HAKCIPTA DAN LESEN
Seluruh kandungan laman web ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada: teks, grafik, logo, ikon grafik, klip Flash, imej, klip audio, muat turun digital, penyusunan data, dan perisian, adalah hak milik Coway Water, rakan usaha sama, atau pengeluar dan ia dilindungi oleh undang-undang hakcipta dan cap dagangan di seluruh dunia.

Anda tidak boleh mengubah, menyalin, mengeluarkan semula, menerbit, memuat naik, menyiarkan, menghantar, atau mengedar mana-mana bahagian yang terkandung dalam laman web ini tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Coway Water terlebih dahulu. Bagaimanapun, anda dibenarkan untuk menerbitkan sehingga 200 perkataan pertama daripada sebarang teks mahupun entri blog dengan syarat anda tidak mengubah atau menukar salinan itu, dan menyatakan pautan kembali ke laman web Coway Water.

Coway Water akan memastikan untuk menyertakan maklumat yang tepat dan terkini di laman web ini. Coway Water tidak bertanggungjawab untuk sebarang kesalahan tipografi atau kesilapan lain atau kandungan yang tidak disertakan. Sekiranya harga produk yang tersenarai adalah salah atau mempunyai maklumat yang tidak tepat, Coway Water mempunyai hak untuk menolak atau membatalkan sebarang pesanan terhadap produk yang mempunyai maklumat yang tidak tepat tersebut.

PAUTAN PIHAK KETIGA
Laman-laman web yang dipaut bukan dibawah kawalan Coway Water, dan Coway Water tidak bertanggungjawab atas kandungan mana-mana laman yang dipaut atau mana-mana pautan yang terkandung dalam laman yang dipaut. Coway Water menyediakan pautan kepada anda hanya sebagai kemudahan, dan penglibatan mana-mana pautan tidak membayangkan atau membentuk sokongan oleh Coway Water terhadap laman web tersebut.

UNDANG-UNDANG BERKENAAN
Dengan melawat laman web Coway Water ini, anda bersetuju bahawa undang-undang negeri Selangor, akan mengawal syarat-syarat penggunaan dan sebarang pertikaian yang mungkin timbul antara anda dan Coway Water tanpa mengambil kira konflik kepentingan dalam undang-undang.

PENGURUSAN JAMINAN DAN ADUAN
Pihak Coway Water akan melaksanakan tanggungjawab kami yang dinyatakan di dalam Terma dan Syarat mahupun mana-mana bahagian yang dinyatakan di dalam laman web ini dengan berhemah untuk memastikan pihak pelanggan berpuas hati dengan sebarang servis dan pengendalian yang kami lakukan.

PENGIKLANAN
Kami akan berusaha untuk mematuhi sebarang peraturan-peraturan dan undang-undang yang berkaitan berhubungan dengan sebarang pengiklanan yang dibuat sama ada di dalam laman web ini mahupun pengiklanan yang kami lakukan di dalam media lain.

PENGUBAHSUAIAN TERMA DAN SYARAT
Coway Waterberhak untuk menukar terma, syarat, dan notis pada bila-bila masa sahaja, dan sebarang pengubahsuaian berkuatkuasa serta-merta sebaik sahaja ia dimuat naik di laman web kami. Penggunaan anda yang berterusan terhadap laman web ini dianggap persetujuan anda ke atas sebarang pengubahsuaian ke atas terma dan syarat yang dibuat. Oleh itu, anda bertanggungjawab untuk sentiasa mengkaji syarat-syarat penggunaan serta syarat-syarat atau notis tambahan di laman web Coway Water.

Terima kasih kerana gigih membaca Terms and Conditions

error: Content is protected !! Jangan Tiru !!